Kasut adalah keperluan. Namun untuk wanita yang mungkin bosan atau tidak mahu memakai kasut tumit tinggi setiap hari, kadangkala mahu juga cuba bergaya dengan kasut lain. Tapi kasut bagaimana yang sesuai untuk pakai seharian namun masih kekal bergaya?
Teva adalah jawapan yang tepat untuk itu. Teva yang sememangnya dikenali ramai sebagai jenama popular yang menawarkan kasut terbaik untuk pelanggan mereka, sangat memahami dengan memberi pilihan yang banyak untuk kasut jenis Teva ini. Malah boleh dipadankan dengan personaliti si pemakai. Bukan sekadar kasut biasa, banyak jenis gaya yang boleh dipadankan dengan kasut Teva ini .
Teva pasti akan menjadi pengganti yang sempurna untuk kasut raya atau sandal yang kita pakai. Malahan Teva sangat padan dalam memberi gaya kepada pakaian harian kita. Contohnya, pilih saja kasut yang berwana gelap , padankan dengan mana-mana pakaian yang kita ada, seperti baju T asas serta seluar harian, ditambah pula dengan tudung shawl yang bergaya, clutch yang bagus dan lihatlah! Kita kelihatan santai namun penuh bergaya!
Jika ingin bergaya ala smart casual, kasut Teva ini juga dapat melengkapkan gaya kita. Cuba bergaya dengan sedikit kelainan. Tambahkanlah pakaian yang sedia ada dengan cermin mata hitam, beg dan kasut Teva . Kita akan kelihatan sangat menarik!
Siapa kata kita tidak boleh memadankan sandal dengan dress? Kita boleh menggabungkan sisi feminin kita dengan sisi ala-ala tomboy; seperti memadankan dress atau skirt dengan kasut Teva ini juga tau. Pilih mana-mana warna menarik yang kita suka dan mula membuat gaya girly girl look. Malah sesuai juga untuk kita pakai ke banyak acara. Tak percaya, cubalah!
Sekarang pasti ramai dah tahu dah nak pilih style yang mana sesuai untuk dipadankan dengan Tevakan? Jadi, selamat bergaya dan melangkahlah keluar dengan yakin! Pasti tetap manis. :)
Comments
Post a Comment